Friday, November 9, 2007

Apakah pakej utama yang selalu menjadi kegilaan pelanggan Kilimanjaro Spa?

Kebanyakan pelanggan kami memulakan rawatan dengan urutan tradisional, kemudian disambung dengan rawatan body scrub untuk membuang sel-sel mati di badan anda selama 1/2 jam sebelum menikmati mandi wap. Kami akan menukar rempah herba kami kepada yang baru bagi setiap pelanggan, maka anda tidak berkongsi wap atau ramuan herba yang sama dengan pelanggan-pelanggan lain. Kami menawarkan harga istimewa sekiranya anda mendapatkan pakej tersebut dalam satu kunjungan.

Ramai juga yang berminat dengan rawatan urutan refleksologi kami selama 1/2 jam, dan permintaan tertinggi dan mendadak sejak akhir-akhir ini adalah untuk rawatan facial, kerana kami menawarkan rawatan facial yang boleh menegangkan kulit muka anda dalam masa 10-30 minit sahaja tanpa melakukan botox. Sila rujuk http://enfutox.cjb.net dan http://enfuselle.cjb.net untuk produk yang kami gunakan. Kami juga turut menggunakan produk Mustika Ratu sebagai alternatif kedua.

Tidak ketinggalan sekarang, terlalu ramai permintaan untuk servis outcall / outdoor yakni, kami akan ke lokasi anda untuk rawatan (urut tradisional & mandi lulur).

Sepanjang tahun 2007, 80% daripada pelanggan kami adalah pelancong-pelancong. Mungkin kami juga turut mendapat bahana daripada Tahun Melawat Malaysia 2007. Terima kasih Pak Lah. (Suka bila tengok logo "Visit Malaysia 2007", di mana-mana sepanjang saya di negara-negara Eropah.)

No comments: