Showing posts with label Remember Your Diets. Show all posts
Showing posts with label Remember Your Diets. Show all posts

Tuesday, July 24, 2007

25 Cara Untuk Kurus Tanpa Ubat-Ubatan


1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Inimenyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah.
Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda.
Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepadakeinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan andadan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikitminyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan, ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengansantai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanansegera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsingi.
Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihatii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi, naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lifiii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalamiv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darahv. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

Sunday, March 11, 2007

Masalah Selulit

SETIAP HARI ANDA MENGURANGI 200 GRAM LEMAK, APA YANG TERJADI SETELAH 2 BULAN?



Baru-baru ini survey menyatakan 45% orang-orang yang berusaha menurunkan berat badan dengan diet malah mengalami penambahan berat badan bukannya mengalami penurunan berat badan.

Mengapa ini terjadi? Lemak memainkan peran yang penting dalam memelihara kesehatan, kulit kencang, menjadikan organ tubuh tahan melawan penyakit, menstabilkan suhu tubuh dan membantu sel berfungsi aktif.

Lapisan lemak yang dikenal sebagai lemak subkutis adalah lapisan lemak yang berada di bawah kulit untuk membantu mengatur suhu tubuh yang optimal dengan organ dalam tubuh. Oleh karena itu orang yang terlalu gemuk tidak mudah merasakan dingin dibanding orang yang langsing.

Kelebihan lemak dalam jumlah yang banyak akan menjadi sebagai tempat menyimpan makanan. Semasa puasa, tubuh akan memecahkan lemak yang tersimpan. Tapi hal ini tidak memecahkan lemak secara sempurna. Karena banyak sel lemak lain tetap tidak terpecah, hanya sebagian kecil saja yang terpecah. Maka sel lemak itu akan mudah tergantikan oleh sel-sel lemak lain. Hal inilah yang menjelaskan mengapa berat kembali meningkat dengan cepat. Contoh kasus ini terjadi pada pelaku diet yang mengkonsumsi obat-obatan untuk menahan nafsu makan yang menyebabkan kekurangan nutrisi.

Penyelesaian > http://cinch.cjb.net

Friday, March 9, 2007

Bahaya Diet Drastik - Harian Metro


Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN (Harian Metro)
AMALAN diet yang drastik dan pengambilan ubat kurus untuk menurunkan berat badan sebenarnya boleh diibaratkan sebagai tindakan kurang bertimbang rasa terhadap diri sendiri kerana ia bukan saja tidak berkesan, malah boleh mendatangkan kesan negatif tanpa disedari.
Antara punca utama ramai gagal dalam program diet ialah ia sukar dipatuhi, penggunaan bahan tidak selamat dan mempunyai kesan sampingan serta kurang berkesan sehingga menyebabkan ramai berasa kecewa apabila jarum penimbang masih menunjukkan angka sama.
Apabila anda mengamalkan diet drastik, berat badan turun dengan cepat. Sebenarnya berat yang hilang itu adalah berat air dan otot. Namun, selepas satu tempoh biasanya berat badan akan kekal, walaupun jumlah makanan diambil makin sedikit.
Masalah ini membuatkan ramai berasa kecewa dan berhenti separuh jalan. Mereka kembali kepada tabiat pemakanan asal dan menjadi lebih berisi berbanding sebelum mengikuti program diet.
Pengerusi Hal Ehwal Perubatan, Sains Kesihatan dan Pendidikan, Shaklee Corporation, Dr Jamie McManus, berkata ramai tidak sedar mereka mengamalkan diet yang salah sehingga terpaksa berlapar semata-mata mahu menurunkan berat badan.
Apabila kurang makan (jumlah kalori kurang daripada yang diperlukan iaitu 1,200 kalori untuk wanita dan 1,800 kalori bagi lelaki), badan bertindak balas dengan mengambil protein daripada otot sebagai bekalan tenaga.Ini kerana rantaian protein lebih mudah dipecahkan bagi mendapat tenaga, sebaliknya lemak akan disimpan. Proses ini menyebabkan berat badan turun dengan cepat.
“Keadaan ini juga secara tidak langsung menurunkan kadar metabolisme. Ramai tidak tahu otot adalah metabolisme. Sejumlah 0.45 kilogram otot membakar antara 30 hingga 50 kalori setiap hari. “Apabila badan menggunakan protein daripada otot, bermakna kuantiti otot semakin sedikit. Ia bermakna metabolisme juga semakin rendah.
“Sedihnya, kadar metabolisme yang hilang ini tidak berganti. Anda kekal dengan kadar metabolisme rendah. Ini sebabnya apabila seseorang itu kembali kepada tabiat pemakanan asal, mereka mengalami masalah pertambahan berat badan.
“Tenaga yang tidak digunakan disimpan sebagai lemak. Lama kelamaan simpanan lemak dalam badan meningkat dan menyebabkan seseorang itu bertambah gemuk.
“Badan akan mengalami penurunan jisim otot dan peningkatan simpanan lemak. Simpanan lemak yang banyak juga boleh memperlahankan lagi kadar metabolisme dan usaha menurunkan berat badan menjadi lebih sukar,” katanya pada pelancaran program pengurusan berat badan, Cinch anjuran Shaklee Corporation.
Berlebihan berat badan, kegemukan dan obesiti menjadi masalah sejagat. Bagaimanapun, kata Dr McManus, berat badan lebihan bukan satu masalah hinggalah ia menjejaskan kesihatan. Justeru, sebelum ia dianggap sebagai masalah, langkah terbaik ialah mengelakkannya daripada terjadi.Soal Selidik Pemakanan Kebangsaan 2002/2003 yang dijalankan Kementerian Kesihatan ke atas orang dewasa mendapati, masalah berlebihan berat badan meningkat kepada 27 peratus (4.2 juta) berbanding hanya 16.6 peratus (1.7 juta) pada 1996.
Secara purata kadar pengambilan tenaga (daripada makanan) penduduk dunia bertambah 25 peratus, tetapi aktiviti cergas pula berkurang 25 peratus. Senario ini menyebabkan masalah pertambahan berat badan dan obesiti menjadi masalah seluruh dunia.
Masalahnya, ramai tidak sedar mereka mengalami masalah kekurangan zat walaupun banyak makan. Keadaan ini menyebabkan badan menghasilkan isyarat untuk kita makan lebih banyak bagi menampung kekurangan zat tadi.Pilihan makanan yang tidak seimbang dan kurang sihat menyebabkan masalah kekurangan zat tetap berlaku, walaupun makin banyak makan.
Pengurusan berat badan tidak harus diukur pada timbangan saja, sebaliknya ia perlu bersifat lebih menyeluruh seperti peratusan lemak dalam badan, terutama lemak yang berkumpul pada abdomen atau perut.Ubat kurus (termasuk yang diambil di bawah pengawasan doktor) hanya sesuai bagi individu yang terlalu gemuk dengan syarat jika semua langkah seperti bersenam dan kawalan makanan tidak berjaya.
“Pengguna juga perlu lebih berhati-hati, banyak ubat kurus kini diharamkan kerana ada banyak kesan sampingan. Ubat penghalang badan menyerap lemak juga tidak bagus kerana badan memerlukan lemak untuk mendapatkan vitamin A, D, E dan K.
“Individu yang berumur dan ada masalah kesihatan juga disaran mendapatkan nasihat doktor sebelum mencuba ubat atau program menguruskan badan untuk mengelak risiko tidak diingini.“Biar apapun program yang anda cuba, pastikan ia disertai dengan senaman dan banyakkan minum. Apabila mencapai berat yang diimpikan, teruskan gaya pemakanan seimbang dan bersenam,” katanya.
>> http://cinch.cjb.net atau hubungi 019-216 3056

Tuesday, February 20, 2007

Lemak Berlebihan di Bahagian Perut

Kebanyakan penduduk Asia mempunyai kecenderungan tertentu untuk menghimpun lemak di bahagian perut atau abdomen dan ini dipercayai menjadi salah satu sebab kenapa penyakit jantung meningkat secara mendadak di rantau ini. Untuk lebih memahami fenomena ini dan apa yang boleh dilakukan oleh individu untuk menambah baik kesihatan jantung, kami menyajikan maklumat yang dipetik daripada lamanweb Pusat Maklumat Makanan Asia (AFIC) mengenai pengurusan berat badan di http://afic.org/WMWS/index.shtml

Di lamanweb berkenaan, anda juga boleh muat turun risalah pengurusan berat badan AFIC dalam Bahasa Malaysia secara percuma

Statistik Penting

Berikut adalah beberapa kaedah yang disyorkan untuk menganggarkan status kesihatan individu, yang menggunakan ukuran data penting individu dan pengiraan yang mudah:
BMIPiawaian global yang digunakan untuk mengelaskan berat badan sebagai normal, berat badan berkurangan atau berlebihan dan obes ialah Indeks Massa Badan, atau BMI. BMI dikira dengan membahagikan berat badan individu dalam kilogram dengan kuasa dua ketinggiannya (dalam m2) .

Sehingga kebelakangan ini, klasifikasi yang sama digunakan di seluruh dunia untuk mengira dan mengelaskan berat badan ialah :

Ukuran BMI antara 18.5 hingga 25 lazimnya dianggap sebagai normal; 25 hingga 30 sebagai berat badan berlebihan dan dikaitkan dengan peningkatan risiko menghidap penyakit yang berkaitan dengan berat badan, dan lebih daripada 30 dianggap sangat gemuk (paras obesiti) dan mempunyai risiko tinggi menghidap penyakit yang berkaitan dengan berat badan.

Sejak kebelakangan ini, pakar-pakar telah membuat pemerhatian bahawa penyakit yang berkaitan dengan berat badan biasanya berlaku di kalangan setengah kumpulan etnik Asia di paras BMI melebihi 23. Satu kumpulan pakar dari WHO (Badan Kesihatan Sedunia) telah mengesyorkan skala BMI yang lebih rendah bagi bangsa Asia: 18.5-23 untuk risiko yang meningkat tetapi boleh dikatakan rendah untuk menghidap penyakit yang berkaitan dengan berat badan; 23-27.5 bagi risiko yang lebih tinggi; dan 27.5 atau lebih memberi isyarat risiko yang membahayakan.

Namun, satu kelemahan skala BMI ialah ia mungkin membuat anggaran yang tinggi bagi lemak badan atlit dan setengah kumpulan lain, seperti puak etnik di Pulauan Pasifik yang mempunyai tubuh badan yang tegap. BMI juga boleh membuat anggaran lemak badan yang rendah bagi kumpulan warga mas dan kumpulan lain yang kehilangan jisim otot. Oleh itu, pakar-pakar telah mengesyorkan penggunaan BMI yang digabungkan dengan ukuran lilitan pinggang atau/dan nisbah pinggang-ke-pinggul bagi anggaran yang lebih tepat.

Lilitan Pinggang

Lilitan pinggang diukur di bahagian yang paling sempit di antara tulang rusuk dan pinggul apabila dipandang dari depan selepas bernafas keluar. Lilitan pinggang ialah ukuran lemak di bahagian abdomen dan merupakan petunjuk bagi status kesihatan, walaupun pengiraan BMI terdapat dalam julat normal. Ukuran pinggang yang melebihi 102 cm (40 inci) bagi lelaki dan lebih daripada 88 cm (35 inci) bagi perempuan ditetapkan sebagai nilai ambang untuk menentukan kemungkinan menghidap penyakit yang berkaitan dengan berat badan.

Sejak kebelakangan ini, nilai ambang yang lebih rendah telah disyorkan bagi penduduk Asia. Kumpulan Kerja mengenai Obesiti di negara China membuat ulasan data tentang perhubungan BMI, lilitan pinggang dan faktor-faktor risiko dalam penyakit kronik yang berkaitan.

Berlandaskan ulasan tersebut yang meliputi semua bukti yang terkini, Kumpulan Kerja ini telah mengesyorkan lilitan pinggang yang melebihi 85 cm bagi lelaki dan lebih daripada 80 cm bagi perempuan di negara China sebagai nilai ambang untuk diagnosis obesiti di bahagian tengah atau abdomen (4). Nilai ini tidak disyorkan kepada semua bangsa Asia tetapi memberi skala alternatif kepada nilai global yang mungkin tidak mengambil kira perbezaan pembahagian lemak dan komposisi badan antara kaum kulit putih (Caucasian) dan bangsa Asia.

Nisbah pinggang-ke-pinggul (WHR).

Nisbah pinggang-ke-pinggul (WHR) ialah nisbah bagi lilitan pinggang seseorang berbanding lilitan pinggulnya. Ukuran ini boleh dikira dengan membahagikan lilitan pinggang dengan lilitan pinggul.

WHR, seperti lilitan pinggang ialah suatu alat untuk menganggarkan pembahagian lemak dalam badan. Bagi kebanyakan orang, dan mungkin terutamanya orang Asia, lemak di bahagian abdomen menyebabkan lebih banyak masalah kesihatan berbanding lemak berlebihan di bahagian pinggul atau peha. Nilai WHR sebanyak 0.9 atau kurang dianggap sihat bagi kaum lelaki dan nisbah sebanyak 0.8 atau kurang dianggap sebagai petunjuk sihat bagi kaum wanita. Nisbah pinggang:pinggul sebanyak 1.0 atau lebih menandakan peningkatan risiko bagi keadaan kurang sihat dan isyarat bahawa tindakan untuk mengurangkan lemak di bahagian perut adalah langkah yang bijak.

Isyarat untuk Tindakan
Ketiga-tiga ukuran bagi saiz badan yang tersebut di atas, jika digabungkan, memberi beberapa kriteria penting untuk menganggarkan berat badan dan menentukan tindakan yang harus diambil, untuk mengekal, mengurang atau menyedari dan menghentikan penambahan berat badan yang berterusan. Bagi bangsa Asia terutamanya, anggaran bukan saja untuk berat badan tetapi juga kegemukan abdomen adalah pemeriksaan yang mudah lagi bijak dilaksanakan.

Garis panduan untuk memaksimumkan peluang panjang hayat dan kehidupan sihat seseorang itu adalah sama, dan tidak mengambil kira sama ada sasaran individu tersebut hendak mengekal atau mengurang berat badannya:

(1) Tentukan diet dan gaya hidup yang mengimbangkan tenaga
Tumpukan untuk merangka gaya hidup sihat selaras dengan komitmen harian anda yang lain yang berdasarkan diet yang rendah lemak, pelbagai dan seimbang, dan digabungkan dengan aktiviti fizikal. Kesan “yo-yo” pengurangan dan penambahan berat badan yang berlaku kepada sesiapa yang mengikuti rejim berulangan untuk berdiet supaya menyusutkan berat badan dengan cepat, tetapi kemudiannya menambah semula berat badan yang disusut apabila mereka mengikuti semula tabiat makan yang sebelum ini, boleh menyebabkan risiko kesihatan dan membuat pengawalan berat badan dalam jangka panjang sukar dilaksanakan.

(2) Rangkakan Tabiat Aktiviti Fizikal yang Kerap
Bagi dewasa, aktiviti fizikal sederhana hingga bertenaga kuat selama 30 minit dan bagi kanak kanak selama 60 minit setiap hari (seperti berjalan cepat, berenang) dapat membantu mengekalkan dan mengurangi berat badan tidak kira berat badan individu itu, dan mengurangkan secara besar-besaran risiko kejadian sakit jantung, angin ahmar dan lain-lain penyakit kronik ke atas individu kerana manfaat kesihatan kardiovaskular yang diperoleh daripadanya. Satu lagi insentif untuk bersenam mungkin didapati daripada satu kajian yang dilaporkan dalam JAMA (Jurnal Persatuan Perubatan America) yang mendapati bersenam dengan kerap mengurangkan lemak ‘intra-abdomen’ dan justeru merampingkan pinggang walaupun tidak mengurangkan berat badan. Senaman yang kerap mempunyai manfaat lain seperti meningkatkan kualiti tidur dan kesejateraan psikologi.

(3) Amalkan diet yang mesra-jantung
Pastikan diet seimbang yang sihat, termasuk banyak buah-buahan dan sayuran, produk bijirin penuh, produk rendah-lemak atau tanpa-lemak (dengan mengambil kira kalori), majerin dan minyak tak-tepu (seperti minyak bunga matahari, jagung, rapeseed, zaitun), daging tidak berlemak, ikan dan kekacang.

Pakar kesihatan juga menyarankan langkah-langkah tambahan yang berikut:

  1. Menghadkan pengambilan gula dan garam
  2. Mengambil sarapan pagi dan pastikan anda menikmati sekurangnya 3 sajian makanan sehari
  3. Gunakan cara memasak yang lebih sihat seperti mengukus, merebus, memanggang dan membakar sebagai menggantikan menggoreng dengan minyak yang banyak dan menambah lemak tambahan, serta mencipta kemahiran memasak secara sihat dalam keluarga anda.
  4. Menghadkan pengambilan makanan dengan kandungan lemak dan gula yang tinggi
    Minum sekurang-kurangnya 6-8 gelas cecair setiap hari
  5. Ingat godaan pasti berlaku, jadi tak usah mengenetepikan sajian makanan dan snek terlebih dahulu

Untuk maklumat selanjutnya, sila kunjungi – http://cinch.cjb.net

Monday, February 19, 2007

Bahaya Diet Drastik

Photo by Reductil Slimming


Oleh: NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN (Harian Metro)

AMALAN diet yang drastik dan pengambilan ubat kurus untuk menurunkan berat badan sebenarnya boleh diibaratkan sebagai tindakan kurang bertimbang rasa terhadap diri sendiri kerana ia bukan saja tidak berkesan, malah boleh mendatangkan kesan negatif tanpa disedari.
Antara punca utama ramai gagal dalam program diet ialah ia sukar dipatuhi, penggunaan bahan tidak selamat dan mempunyai kesan sampingan serta kurang berkesan sehingga menyebabkan ramai berasa kecewa apabila jarum penimbang masih menunjukkan angka sama.

Apabila anda mengamalkan diet drastik, berat badan turun dengan cepat. Sebenarnya berat yang hilang itu adalah berat air dan otot. Namun, selepas satu tempoh biasanya berat badan akan kekal, walaupun jumlah makanan diambil makin sedikit.
Masalah ini membuatkan ramai berasa kecewa dan berhenti separuh jalan. Mereka kembali kepada tabiat pemakanan asal dan menjadi lebih berisi berbanding sebelum mengikuti program diet.

Pengerusi Hal Ehwal Perubatan, Sains Kesihatan dan Pendidikan, Shaklee Corporation, Dr Jamie McManus, berkata ramai tidak sedar mereka mengamalkan diet yang salah sehingga terpaksa berlapar semata-mata mahu menurunkan berat badan.
Apabila kurang makan (jumlah kalori kurang daripada yang diperlukan iaitu 1,200 kalori untuk wanita dan 1,800 kalori bagi lelaki), badan bertindak balas dengan mengambil protein daripada otot sebagai bekalan tenaga.
Ini kerana rantaian protein lebih mudah dipecahkan bagi mendapat tenaga, sebaliknya lemak akan disimpan. Proses ini menyebabkan berat badan turun dengan cepat.“Keadaan ini juga secara tidak langsung menurunkan kadar metabolisme. Ramai tidak tahu otot adalah metabolisme. Sejumlah 0.45 kilogram otot membakar antara 30 hingga 50 kalori setiap hari.“Apabila badan menggunakan protein daripada otot, bermakna kuantiti otot semakin sedikit. Ia bermakna metabolisme juga semakin rendah.
“Sedihnya, kadar metabolisme yang hilang ini tidak berganti. Anda kekal dengan kadar metabolisme rendah. Ini sebabnya apabila seseorang itu kembali kepada tabiat pemakanan asal, mereka mengalami masalah pertambahan berat badan.“Tenaga yang tidak digunakan disimpan sebagai lemak. Lama kelamaan simpanan lemak dalam badan meningkat dan menyebabkan seseorang itu bertambah gemuk.

http://cinch.cjb.net

“Badan akan mengalami penurunan jisim otot dan peningkatan simpanan lemak. Simpanan lemak yang banyak juga boleh memperlahankan lagi kadar metabolisme dan usaha menurunkan berat badan menjadi lebih sukar,” katanya pada pelancaran program pengurusan berat badan, Cinch anjuran Shaklee Corporation.

Berlebihan berat badan, kegemukan dan obesiti menjadi masalah sejagat. Bagaimanapun, kata Dr McManus, berat badan lebihan bukan satu masalah hinggalah ia menjejaskan kesihatan. Justeru, sebelum ia dianggap sebagai masalah, langkah terbaik ialah mengelakkannya daripada terjadi.Soal Selidik Pemakanan Kebangsaan 2002/2003 yang dijalankan Kementerian Kesihatan ke atas orang dewasa mendapati, masalah berlebihan berat badan meningkat kepada 27 peratus (4.2 juta) berbanding hanya 16.6 peratus (1.7 juta) pada 1996.

Secara purata kadar pengambilan tenaga (daripada makanan) penduduk dunia bertambah 25 peratus, tetapi aktiviti cergas pula berkurang 25 peratus. Senario ini menyebabkan masalah pertambahan berat badan dan obesiti menjadi masalah seluruh dunia.

Masalahnya, ramai tidak sedar mereka mengalami masalah kekurangan zat walaupun banyak makan. Keadaan ini menyebabkan badan menghasilkan isyarat untuk kita makan lebih banyak bagi menampung kekurangan zat tadi.Pilihan makanan yang tidak seimbang dan kurang sihat menyebabkan masalah kekurangan zat tetap berlaku, walaupun makin banyak makan.

Pengurusan berat badan tidak harus diukur pada timbangan saja, sebaliknya ia perlu bersifat lebih menyeluruh seperti peratusan lemak dalam badan, terutama lemak yang berkumpul pada abdomen atau perut.Ubat kurus (termasuk yang diambil di bawah pengawasan doktor) hanya sesuai bagi individu yang terlalu gemuk dengan syarat jika semua langkah seperti bersenam dan kawalan makanan tidak berjaya.

“Pengguna juga perlu lebih berhati-hati, banyak ubat kurus kini diharamkan kerana ada banyak kesan sampingan. Ubat penghalang badan menyerap lemak juga tidak bagus kerana badan memerlukan lemak untuk mendapatkan vitamin A, D, E dan K.

“Individu yang berumur dan ada masalah kesihatan juga disaran mendapatkan nasihat doktor sebelum mencuba ubat atau program menguruskan badan untuk mengelak risiko tidak diingini.

“Biar apapun program yang anda cuba, pastikan ia disertai dengan senaman dan banyakkan minum. Apabila mencapai berat yang diimpikan, teruskan gaya pemakanan seimbang dan bersenam,” katanya.

Maklumat Lanjut: http://cinch.cjb.net

Sunday, February 11, 2007

Yo-Yo Dieting - A Huge Part Of The Problem !

If you are like most people, you've struggled with your weight at one time or another
(I certainly have). You've been on every fad diet. Initially you lose some weight, but then you gain it back and find yourself heavier than before. This is the dreaded cycle of yo-yo dieting.


Yes, in the short term you can lose the weight, but every time you do this you may be doing more damage than good because your body thinks it's experiencing a "famine". In response to that famine, your body goes into survival mode and conserves energy by slowing down your metabolism. Your body does its best to hold on to the fat you have for as long as it can. So, with many diets the weight you initially lose is from fat and muscle. And that loss of muscle slows down your metabolism even further because muscle burns calories. Muscle=Metabolism.


There are also common challenges - emotional and other physical ones that come along with dieting. Many diets are too restrictive or monotonous, or leave you feeling deprived and don't teach you how to permanently change your eating and exercise habits. They leave you feeling hungry, tired and craving the foods you miss most. You've about had it, so you return to your old eating habits and gain the weight back. And the sad part is, the weight you put back on is fat weight.
For more information: http://cinch.cjb.net

Saturday, February 10, 2007

Tuesday, February 6, 2007

Masaalah Perut Buncit?

Page macamana nak buang lemak berlebihan kat badan, dan bagaimana nak dapatkan berat badan ideal dengan cara sihat dan tak menyakitkan dah nak hampir siap. Minta maaf kalau Shah tak sempat nak terjemahkan kesemuanya ke dalam Bahasa Melayu. Kalau ada perkataan2 yang tak faham boleh tengok kamus atau tanya Shah.
Fakta: 1 daripada 5 orang Rakyat Malaysia mengalami masalah ‘berat badan tidak ideal’ atau ‘perut buncit’ > http://cinch.cjb.net/