Friday, November 9, 2007

Ada 'extra service' tak?

Jutaan maaf kepada pelanggan yang bertujuan mendapatkan Extra Service di spa kami.

Dimaklumkan bahawa kami TIDAK menyediakan perkhidmatan tersebut. Kepada anda yang bertujuan 'tidak baik', mohon supaya tidak mencari kami sebagai lokasi anda, samada spa kami mahupun mana-mana spa di Malaysia.

Jangan biarkan industri yang sebenarnya turut membantu kejayaan Tahun Melawat Malaysia 2007, dicemari dan dibusukkan dengan hal-hal yang tidak sepatutnya berlaku. Bantu dan sokonglah industri spa negara kita.

...datanglah ke spa kami kerana kami akan melayan anda lebih baik di sini.

more

No comments: