Monday, February 5, 2007

Traditional Massage in Kuala Lumpur

Selain pengambilan supplemen, urutan juga dapat membantu kita melancarkan peredaran darah, menghilangkan stress dan penat selepas seharian bekerja. Namun, ramai masyarakat Malaysia kini yang menyalahgunaan rawatan urut, dan menjadikan tempat urut sebagai tempat melakukan maksiat sekaligus menjatuhkan industri spa dan massage yang mana sebenarnya turut memberi sumbangan kepada Tahun Melawat Malaysia 2007. Kerana tanggapan tersebut, ataupun kerana nila yang setitik, susu sebelanga yang rosak.

Atas kerjasama semua msyarakat Malaysia, terutamanya masyarakat Melayu. Ubahlah pemikiran anda kerana ianya tidak akan pulih tanpa sokongan dari anda semua. Maka terhapuslah tradisi nenek moyang kita. Tidak dinafikan urut kini menjadi kegilaan bukan kepada golongan dewasa tetapi juga untuk golongan muda. Kepada golongan muda, anda dinasihatkan mengambil pemakanan supplemen sekiranya menghadapi masalah-masalah tenaga batin. Tidak perlulah ke rumah urut.

Kalau anda betul-betul mahukan servis yang lebih dari urut, carilah tempat yang sesuai dan bukannya di rumah urut. Tukang urut pun tidak perlu membuang tenaga untuk mengurut orang yang sebenarnya bukan mahu mengurut. Anda juga tidak perlu membuang masa, membuang tenaga dan membuang wang untuk ke rumah-rumah urut. Sebaiknya anda terus ke lorong-lorong yang terus menyediakan yang anda mahukan tersebut.

Sebagai orang melayu, anda sepatutnya malu kerana kita teramat berbeza dengan kaum barat yang mana mereka datang ke rumah urut hanyalah untuk mengurut, tidak lebih dari itu. Bagaimana dengan masyarakat kita? tidak dinafikan memang ada rumah urut yang menyediakan servis lebih daripada urut, tapi kalau tiada sokongan dari masyarakat, semestinya mereka akan gagal. Tindakan dari PBT tidak akan berhasil untuk jangkamasa panjang kalau tiada sokongan dari anda semua, yang berfungsi sebagai pelanggan-pelanggan yang memberi sumber kewangan kepada rumah-rumah urut yang tidak bertangguangjawab tersebut. Janganlah kerana segelintir rumah urut, rosaklah atau kejilah nama rumah-rumah urut yang lain juga. Bagaimana nanti kalau tiada 1 pun rumah urut di Malaysia? http://urut.cjb.net

Cat Massage

No comments: