Tuesday, November 20, 2007

Refleksologi: Kenali Titik Refleksi Anda

Anda pasti pernah mendengar tentang urut refleksi, salah satu rawatan tradisional utk menyembuhkan penyakit. Orang dulu-dulu walaupun tak menggunakan perubatan moden, tapi mereka mampu juga menyembuhkan berbagai jenis penyakit dgn rawatan tradisional. Misalnya dengan cara mengurut, minum jamu yg diperbuat dari daun-daun kayu atau akar tumbuhan, berbekam, tusukan jarum (akupunktur), refleksologi dll.

Kali ni saya cuma nak kongsikan info tentang ilmu refleksologi; iaitu mengurut titik refleksi yang terdapat di sekitar tapak kaki pesakit. Cara pengubatan ini berasal dari China dan telah diamalkan beribu tahun lamanya sebelum berkembang ke seluruh dunia (lagipun orang Cina kan bertaburan di seluruh pelusuk dunia).

Antara keistimewaan pengubatan secara urut refleksi ni adalah ia ’selamat dan mudah’, sebab tak perlu makan sebarang ubat, boleh dilakukan tak kira orang tua, muda mahupun bayi, cuma rasa sakit sikit la semasa diurut. Tapi sebenarnya rasa sakit itu tandanya ada yang tak kena dengan kesihatan tubuh badan anda.




Maksud Titik Refleksi
Maksudnya adalah ‘titik pusat urat saraf’. Setiap titik ada kaitan dengan organ tubuh tertentu, jadi dengan mengurut bahagian refleksi akan melancarkan perjalanan darah pesakit. Kenapa boleh jadi macam tu ye, ianya sukar dijawab kerana selalunya kaedah perubatan tradisional sukar dihuraikan secara ilmiah, walaupun ia terbukti berkesan merawat sesuatu penyakit.

Pentingnya Perjalanan Darah yang Lancar
Untuk membolehkan badan kita berfungsi secara normal, setiap organ memerlukan darah kerana darahlah yang membawa zat makanan yang diperlukan oleh badan seperti oksigen, hormon, antibodi serta membawa keluar bahan buangan kotor(toksin) dalam badan. Lancarnya perjalanan darah maka makin sihatlah badan kita. Jika salah satu organ badan sakit, maka ia memerlukan perjalanan darah yang lancar untuk membantu menyembuhkan penyakit itu.

Tanda-tanda sakit semasa diurut.
Seperti yang disebutkan tadi, jika perjalanan darah tak lancar, organ tubuh akan terhalang dari mendapat zat makanan, manakala bahan buangan yang patut dikeluarkan tertahan-tahan maka kotoran/toksin tu mendap dalam saluran darah. Maka fungsi bahagian badan anda akan terganggu sebab tak cukup darah dan zat makanan, lalu timbullah penyakit.

Biasanya orang yang dah tahap sifu dalam bidang ni boleh tahu seseorang tu sakit apa, dengan hanya meraba/picit tapak kaki orang tu. Sebabnya titik refleksi yang sakit akan rasa macam berpasir, maksudnya ada mendapan toksin dalam saluran darah. Jika rasa sakit semasa diurut, itu tandanya bahagian badan berkenaan ada penyakit. Jadi itulah perlunya ia diurut untuk melancarkan perjalanan darah supaya darah terus membawa zat makanan manakala mendapan toksin dapat dikeluarkan.

Info yang perlu diketahui
-Sebenarnya apa yang saya kongsikan tadi hanya asas sahaja, bagi yang lebih ‘advance’, urutan refleksi bukan sekadar di tapak kaki, tapi juga di bahagian atas tapak kaki, pergelangan kaki, sekitar buku lali dan sekitar betis. Tapi saya bukan pakar dalam bidang ni untuk menceritakan tahap ‘advance’ tersebut.

-Berbagai jenis penyakit boleh disembuhkan dengan kaedah ini. Dari yang tak serius mahupun serius seperti batu karang, buah pinggang, lemah syahwat, darah tinggi, kencing manis, barah (peringkat awal), sakit jantung, paru-paru dan juga sakit hati…oopps tidak…sakit hati tak boleh diubati dengan kaedah ini.

-Penyakit yang tak boleh disembuhkan: urat saraf dah mati (akibat kemalangan atau serangan stroke), terlalu banyak makan ubat hingga urat sarafnya menjadi kebal, dan juga penyakit barah yang sudah terlambat.

-Digalakkan minum banyak air masak selepas sesi urutan agar toksin lebih mudah dibuang dari badan.

-Biasanya di taman-taman rekreasi, ada disediakan laluan khas refleksologi, cubalah…free jer.

No comments: