Sunday, March 11, 2007

Vitamin A, C, E, adalah Baik untuk kesihatan


Vitamin A, C, E, adalah Baik untuk kesihatanBukti saintifik dan perubatan yang kukuh daripada kajian yang dijalankan diseluruh dunia menunjukkan bahawa diet kaya tumbuhan dan sayuran adalah dikaitkan dengan risiko penyakit yang lebih rendah. Bahan kandungan aktif difikirkan ialah Beta Karotena – vitamin A, Vitamin C dan vitamin E bertindak sebagai antioksidan semulajadi dan membantu mencegah kerosakan yang boleh membawa kepada penyakit kronik.
Walaupun diet semata-mata bukanlah satu kesalahan, ia adalah elemen penyumbang dengan faktor genetik dan persekitaranBeta karotena adalah bahan tumbuhan yang mana tubuh kita menukarnya menjadi vitamin A- nutrien penting yang menjadikan pandangan mata anda sentiasa bagus, kulit anda sihat dan sistem imun anda kuat. Ia juga mengalakkan penyembuhan luka dikulit dan boleh disapu pada kulit yang luka, melecet dan melecur; ia boleh mempercepatkan pemulihan anggota badan yang terkehel dan tegang.
Vitamin C mungkin vitamin yang paling dikenali adalah aktif dalam seluruh badan. Ia membantu menguatkan kapilari, dinding sel dan adalah penting untuk membentuk kolagen. Dengan cara ini ia mencegah lebam, mengalakkan penyembuhan dan mengekalkan ligamen ( yang menyambung otot ke tulang) tendon, ( yang menyambung tulang ke tulang) dan gusi sentiasa kuat dan sihat. Ia juga membantu mengeluarkan hemoglobin dalam sel darah dan membantu danan menyerap zat besi daripada makanan. Adalah vitamin C mencegah demam selsema? Mungkin tidak tatapi ia boleh mengurangkan simpton – simptom dan mungkin memendekan tempoh penyakit ini.Vitamin E adalah istilah generik untuk sekumpulan sebatian yang berkaitan dipanggil tokoferol. Oleh kerana larut lemak, vitamin E disimpan dalam tubuh, terutama dalam tisu lemak dan hati. Vitamin E ditemui hanya dalam beberapa makanan, dan banyak daripadanya adalah tinggi kandungan lemaknya.
Oleh itu suplimen boleh menjadi sangat berguna untuk mendapatkan jumlah yang optimum. Satu daripada fungsi asas vitamin E ialah melindungi membran sel. Tetapi reputasi vitamin E sekarang datang daripada potensinya yang menentang penyakit sebagai antioksidan. Memakan suplemen vitamin E boleh menguatkan sistem imun bagi orang tua. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa vitamin E sistetik 9 selalunya dilebal “di-alpha”) diserap hanya separuh juga suplimen vitamin E dibuat daripada germa gandum atau minyak soya. Walaupun ia lebih mahal, vitamin E semulajadi boleh menjadi pilihan yang lebih baik.
Sumber rujukan : Healing Power Of Vitamins, Menerals and Herbs, Reader’s Digest.
Amagram April 2004 ms 26

No comments: