Friday, March 9, 2007

Lecithin


Lecithin adalah campuran glycolipids, triglycerides, dan phospholipids (e.g. phosphatidylcholine, phosphatidylethanolamine, dan phosphatidylinositol). Bagaimanapun, dalam biochemistry, lecithin digunakan sebagai sinonim untuk phosphatidylcholine tulen, sejenis phospholipid yang merupakan komponen utama pecahan phosphatide yang boleh didapati daripada kuning telur atau kacang soya.

Lecithin biasanya diperolehi secara komersial sebagai pemakanan tambahan dan untuk kegunaan perubatan.

Lectihin dirembeskan dari dalam hati sekiranya pemakanan yang kita ambil mencukupi.Ia diperlukan oleh setiap sel dalam tubuh kita dan merupakan blok pembinaan utama untuk membran sel di mana tanpanya membran itu akan mengeras. Lecithin juga melindungi sel daripada oksidasi yang sebahagian besarnya meliputi sarung sekeliling otak. Lecithin adalah merupakan adunan kebanyakannya vitamin B, asid phosphoric, choline, asid linoleic and inositol. Walaupun ianya bahan lemak, ia juga bertindak sebagai fat emulsifier. Oleh itu ia membantu melindungi sistem circulatory tubuh. Kandungan choline nya adalah berguna untuk membina acetylcholine.

No comments: